Pages

Tuesday, 14 January 2014

Ular raksasa wujud di Sarawak?


Pada beberapa tahun lepas, muncul sebuah foto udara yang menggemparkan di Malaysia. Seekor ular raksasa berenang di Sungai Baleh, Sibu, Serawak, bagian utara Kalimantan yang masuk wilayah Malaysia.
Sebuah foto ular raksasa kelihatan berenang melenggak-lenggok di sebuah sungai  yang dikelilingi oleh hutan bakau. Ular berwarna hitam itu sangat besar, hampir memenuhi sungai yang terletak di tengah-tengah hutan rawa yang rimbun. Air beriak di kiri kanannya. Khabarnya, foto itu diambil dari sebuah helikopter, 11 Februari 2009 lalu.
Foto itulah yang menjadi perdebatan luas di Malaysia saat ini. Kalimantan memang memiliki ular-ular raksasa. Namun selama ini, ular yang besar yang baru ditemukan adalah sejenis sawa atau python atau masyarakat Kalimantan menyebutnya ular sawah, yang panjangnya belasan meter.
Namun ular yang terlihat di foto dan tersebar luas di internet, termasuk Youtube, jauh lebih panjang dan besar berbanding ular sawa yang ditemui selama ini. Dianggarkan panjangnya 100 kaki atau lebih kurang 33 meter.
 Gambar tersebut diambil oleh anggota kumpulan wilayah bencana banjir yang kemudian diterbitkan oleh Utusan Sarawak, sebuah akhbar tempatan, pekan lalu. New Straits Times di Kuala Lumpur, juga memuat foto tersebut yang kemudian disiarkan oleh The Telegraph, UK.
Ada juga yang tidak mempercayai foto itu dan menganggapnya rekayasa semata. Hal ini karena terlalu jauhnya pengambilan gambar ular tersebut. Benar atau tidak, foto itu sudah membuat masyarakat di sekitar Serawak, khususnya Sibu, ketakutan. Sebab, sungai itu merupakan urat nadi perhubungan masyarakat selama ini.
Berdasarkan legenda yang hidup di masyarakat setempat, memang dipercayai tentang adanya anaconda di kawasan tersebut yang bernama Nabau. Menurut kepercayaan, Nabau merupakan ular dengan panjang 80 meter dengan kepala naga dan tujuh lubang hidung. Masyarakat desa yang tinggal di sungai Baleh Borneo mempercayai makhluk mistik tersebut. Selain itu, masyarakat memang sering melihat ular-ular besar di kawasan itu.
Persoalannya, jika foto itu asli, adakah ular itu sejenis sawa atau anaconda? Hingga kini memang belum diketahui adanya anaconda di Kalimantan, kecuali dalam film Anaconda: The Hunt For The Blood Orchid yang terkenal itu.
Rekod ular terpanjang saat ini memang anaconda (eunectes) dari Amazone. Anaconda merupakan keluarga boa. Panjang anaconda yang baru ditemukan adalah 50 kaki, namun para ilmuwan percaya ada anaconda yang panjangnya 80 kaki, bahkan 100 kaki dari temuan kulit ular tersebut oleh sebuah ekspedisi ilmuwan Inggeris tahun 1992. Dalam keluarga anaconda, menurut Mongabay, yang terbesar adalah anaconda hijau (Eunectes murinus). Panjangnya mencapai 43 meter.
Python Asia adalah ular terpanjang kedua. Ilmuwan menyebutnya Asiatic Reticulated Python (python reticulatus). Python terpanjang yang ditemukan di kawasan Kalimantan panjangnya 33 kaki, dan merupakan rekor dunia sanca terpanjang saat ini. Para ilmuwan percaya panjang python bisa mencapai 50 kaki atau sekitar 15 meter.
Bezanya, anaconda lebih langsing dan pandai berenang. Sementara python lebih gemuk dan hanya suka kelembapan, bukan di air. Anaconda menggigit mangsanya sampai mati sebelum menelan, sementara python menggunakan kekuatannya dengan membelit mangsa sampai tulang-belulangnya hancur atau tak bergerak lagi, kemudian ditelan hidup-hidup.

Awal Februari, para ilmuwan menemui fosil ular seberat sebuah kereta kecil. Ular itu dikatakan boleh melumat binatang bersaiz seekor lembu. Monster sepanjang 45 kaki bernama Titanoboa sangat besar dan hidup dengan memakan buaya dan kura-kura raksasa. Beratnya mencapai 1,25 ton. Ia biasanya merayap di sekitar hutan-hutan tropika Amerika Selatan pada 60 tahun silam. 

Toyota FT-1 Concept Car



Kereta yang ditunggu-tunggu.keluaran Toyota yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Betemakan konsep F1, model ini akan menggantikan Toyota Supra yang terkenal di kalangan peminat-peminat kereta dan filem Fast & Furious.
Canggih dan cantik. Kalau ada pihak yang nak sponsor kami dengan kereta ini, kami amat alu-alukan...hehehe.

Durian dalam durian...

Banyak kejadian-kejadian pelik berlaku di sekeliling kita, menunjukkan salah satu kekuasaan Allah.
Gambar durian ini kami jumpa di salah satu blog. Katanya, durian ni durian D24.



Wajah muda dan sekarang ulama.... Ustaz Azhar Idrus dan Tuan Guru Nik Aziz

Kedua-dua tokoh agama yang dikagumi dan dihormati di Malaysia.

Ustaz Azhar Idrus : Ulama yang menimbulkan fenomena baik kepada rakyat Malaysia yang membuatkan ramai golongan muda mula berminat mempelajari ajaran agama Islam. Setiap kali beliau berceramah, sebanyak puluhan ribu hadir untuk mendengar dan mendapatkan ilmu. Gaya bersahaja membuatkan Ustaz Azhar Idrus menjadi contoh kebanyakan rakyat Malaysia terutama golongan muda.

Tuan Guru Nik Aziz : Menteri Besar Nengeri Kelantan yang menerajui kerajaan negeri dengan ajaran agama Islam. Ramai tokoh agama negara lain mengagumi keperibadian dan ilmu beliau. Tokoh pemimpin yang dihormati kerana sifat wasatiah dan ketinggian ilmu agama.

Ustaz Ahar Idrus


Tuan Guru Nik Aziz


Sunday, 12 January 2014

Bunga orkid itik terbang? Comel!

Comel! Buat peminat orkid, mungkin ini orkid yang ditunggu-tunggu. Tidak pasti samada orkid ini ada dijual di Malaysia atau tidak. Memang 'rare' jika ada orkid jenis ini di rumah.




Flying Duck Orchid merupakan spesis bunga orked yang tumbuh di Australia. Apa yang menarik mengenai bunga ini ialah, bentuknya seakan itik yang sedang terbang. Kebiasaannya ia banyak ditemui di sekitar timur dan barat Australia. Ketinggiannya pula boleh mencapai kira-kira 50cm (20 inci).

Bunga terbusuk di dunia bukan bunga tahi ayam?


Bunga ini boleh dilihat di tenggara Brazil. Diiktiraf sebagai bunga paling busuk di dunia dan juga bunga tropika terbesar. Bunga ini dpanggil sebagai 'bunga mayat' kerana baunya. Ia hanya mempunyai jangka hayat 72 jan sahaja.

buaya raksasa



Video ini di'upload' dari Youtube. Menurut sumber, buaya ini ditangkap di Sarawak semasa pemburuan Bujang Senang suatu ketika dulu.
Pepahal, besar buaya ni. Sayang kalau hidup lagi boleh letak kat Zoo, biar semua orang boleh tengok sendiri.
Adakah ini Bujang Senang? Atau sekadar anak buahnya sahaja?

Friday, 10 January 2014

Kuda Emas - bukan mitos!





Kuda emas? Yer, memang wujud. Korang tahu tak kuda spesies ini adalah spesies kuda yang hampir pupus sekarang.
Spesies Akhal-Teke merupakan spesies kuda terancam yang hanya tinggal sedikit jumlahnya. Kuda yang juga menjadi lambang negara Turkmenistan ini menurut wikipedia hanya berjumlah sekitar 3500 ekor sahaja sekarang.

Ikan pelik djumpai di Miri, Sarawak


Ikan pelik ini dijumpai di Miri, Sarawak pada November tahun lepas.
Berita mengenai ikan ini dapat liputan meluas di media massa tahun lepas.
Perbadanan Perhutanan Sarawak masih lagi mengenalpasti spesies ikan pelik ini.
Agak-agak korang ikan apa ni?

Puting Beliung di Johor Bharu





Akhir tahun lepas (2013), puting beliung melanda di Danga Bay, Johor Bharu. Jarang berlaku fenomena seperti ini di Malaysia. Di atas adalah gambar-gambar amatur ketika kejadian berlaku.

Kenal tak mamat ni?


Pernah tengok tak cerita '47 RONIN'?
Yer betul...inilah rupa ketua pedagang manusia yang menjual Kai - Half Breed (lakonan Keanu Reeves).
Kenapalah muka dah OK di conteng-conteng macam ni? Bukannya dengan make-up...tapi dengan tatu. Haremmm!

Monyet terkecil di dunia - Finger Monkey!



Mungkinkah satu hari nanti monyet ini dijual kat  'Pet Shop' di Malaysia? Harap-harap ada la. Nak satu...
Boleh lawan ke'glamer'an sugar glider nanti.
Kami rasa makanan dia pun senang jer...seulas pisang untuk 3 hari.
Fakta : Monyet ini banyak dijumpai di dalam hutan Peru, Colombia dan Brazil.

Cadar untuk 'Forever Alone'


Koleksi cadar untuk 'Forever Alone'.
Dah tahap kronik ni...sian dia!

IRON MAN - Koleksi baju-baju IRONMAN


Superhero adalah salah satu kegemaran kami, terutamanya IRONMAN.
Ini kerana dalam banyak-banyak superhero, IRONMAN la yang dikira logik dan boleh diwujudkan jika kita se'genius' TONY STARK.
Di atas antara koleksi baju-baju IRONMAN.
Dapat satu jadi la...

Bayi ikan paus kembar



Baru-baru ini, bayi kembar paus biru ditemui mati di persisiran Mexico. 
Kejadian yang jarang ditemui...

Mentadak warna PINK! (Orchid Mantis - Super PINK!)



Satu lagi ciptaan Tuhan yang indah. Tiada kata dapat diungkapkan.
Mentadak betina bunuh dengan memotong kepala mentadak jantan selepas 'berjimak'. Fakta atau auta?

Gunung Berapi berlava BIRU?





Selalunya, jika kita terpikir pasal lava gunung berapi, kita akan terbayangkan lava berwarna merah dan kuning, kan? Lain pula halnya dengan Gunung Berapi Kawah Ijen, Indonesia. Lava gunung berapi berkenaan berwarna biru pada waktu malam disebabkan cahaya biru daripada asid sulfurik yang tinggi. Cantik, kan?
Gambar diambil dari jurukamera terkenal , Olivier Grunewald.

Tikus gergasi dijumpai di KL...


Besornyer tikus nie! Dah macam arnab jer kami tengok...
Mana pergi kucing-kucing kat KL ni? Tak buat keje ke?
* Info FB : Dijumpai di Sungai Wang, KL baru-baru ini.

Thursday, 9 January 2014

Tangga tercuram di dunia...


Tau tak korang, tangga yang tercuram di dunia?
Yer betul! Tangga Machu Picchu di Peru.
Senang jer nak turun dari tangga ni, lompat jer...hehehe!

Makhluk Pelik Panjat Bangunan - HANTU GALAH?



Ada orang kata Hantu Galah makhluk ni?
Tengok sendiri video ni...ye ke?

Rekabentuk MRT Malaysia nanti (KVMRT Malaysia by Siemens Inspiro)



Sekarang pembinaan MRT masih sibuk dijalankan. Jalan jem di sana-sini. Cer pandu kereta area Kota Damansara ke Mutiara Damansara ke, 'especially' masa 'rush hour'. Mesti 'tensen'.
Tapi tahu tak korang, bila dah ada MRT nanti boleh 'solve'kan masalah duit minyak dan tol korang.
Tambahan lagi, cer tengok rekabentuk MRT ni. Canggih maaa...




Wednesday, 8 January 2014

Chicago Membeku?

Gambar-gambar terbaru Chicago berada pada tahap beku.
Fenomena yang jarang berlaku...sudah berlaku sekarang.





Baju kucing ala Gladiator

Korang ada kucing? Pernah pakaikan baju kat kucing korang?
Mungkin baju kucing ni akan jadi trend tak lama lagi....



Lukisan 3D - pokok terapung

Fenomena lukisan 3D sekarang merebak di seluruh dunia. Macamana diorang lukis? Memang berbakat.
Nampak terapung tak pokok tu? Respect !


Makanan kucing DIY

Ok...kita selalunya belikan kucing-kucing kita dengan Whiskas atau Friskies. Kalau nak mahal sikit, kita belikan IAMS, Blackwood atau Royal Canin. Macam-macam makanan kucing di pasaran sekarang. Di sini, kami bagi tips daripada member FB, cara-cara membuat makanan kucing sendiri. Sangat jimat terutama semasa keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang. Yang kaki bisnes tu, apa lagi, cabang bisnes ni...
Cara-cara membuat makanan kucing DIY ni :

1. Ikan, lobak, bayam.
2. Ikan dan lobak direbus tanpa garam,
3. Bayam dicelur,
4. Blander ketiga tiga bahan,
5. Masak agar agar,
6. Masukkan bahan yg diblander kedalm kuali bersama agar agar,

7. Sejukkan.

Sama tak dengan makanan kucing di pasaran sekarang?




Malaysia negara 4 musim?



Apa perasaan korang kalau Malaysia turun salji? Seronok? Teruja sampai terlompat-lompat? Takut?
Korang rasa logik tak? Ikutkan berita minggu lepas, Amerika bahagian Chicago, New York diturunkan salji tebal. Hari ni pulak (8 Jan 2014), Amerika Latin mengalami cuaca panas melampau. 
Korang ingat lagi, bulan lepas (Dec'13), Mesir, Syria, Palestin mengalami musim salji. Itu antara negara-negara yang dikira mustahil untuk salji turun.
Menurut salah satu blog, perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah. Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak 2 km sehari pada tahun 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Jika keaadan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul 2012. Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.

Bagaimana pula dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan india, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.


Body builder 'glamer' Malaysia?


Ini pun dikira 'body builder' gak...

Duck Face paling real....


Korang pernah buat 'duck face', kan? Cer korang buat macam ni....boleh? Hehehe...

Neelofa masak untuk kawan-kawan...Zizan pun ada?



Sapa kata artis cantik tak tau masak? Cer tengok Neelofa ni....

Mana tahap tekanan darah ( blood pressure) korang?


Gambar ni menunjukkan tahap 'blood pressure' . Selalunya kita tertanya-tanya samada kita ni ada darah tinggi atau tak. Sekarang korang dah tau...so, jangan stress sangat! 
Agak-agaknya berapa tahap 'blood pressure' korang masa tengok duit dalam bank setiap hujung bulan? Hehehe...

Blogkokak sudah datang...!